Monday, 4 March 2013

Setem dari negara China


Hari ini adik dapat setem dari negara China yang dikirim oleh seorang ahli Postcrossing daripada sana. Adik tak tahu nama dia sebab dia tak tulis nama.


Yang di atas ini ialah setem yang ditampal di atas poskad. Tiga buah binaan yang cantik. Nanti adik ceritakan pula pasal setem yang dihantar oleh Uncle Rick dari USA. Dia hantar macam-macam setem.

Mak kata kena beli buku setem lagi.

Tuesday, 4 December 2012

Setem Khas : MAHA 2012


Pada 29 hb November 2012, adik pergi MAHA dengan family adik. Ini kali pertama adik dan keluarga pergi sana. Ada ramai sangat orang, ada banyak buah, bunga dan macam-macam pokok. Tapi kemudian mak adik nampak bunting setem MAHA. Kami terus cari Dewan C. Mula-mula tak jumpa gerai setem tapi lepas pusing satu dewan baru nampak.

Harga setem ni mahal sikit kata mak tapi mak beli juga sebab setem edisi terhad. Orang yang jual tu kata cuma ada 200 helai saja yang dicetak.

Setem ni cuma ada 8 keping setem saja  dan nilainya juga pelik sikit. 65 sen dan 35 sen. Gambar-gambar dia semua ada kena mengena dengan pameran di MAHA sejak mula-mula MAHA dibuat.

Selain beli pen, keychain MAHA, adik rasa ini tanda kenangan yang paling best dekat sana.

Monday, 6 August 2012

Koleksi Setem: Punca Rezeki


Ini koleksi setem punca rezeki. Mak kata makna dia ialah pekerjaan. Dalam setem ni tunjuk pekerjaan tradisional. Mak kata tradisional tu makna lama. jadi setem ini tunjuk kerja-kerja yang orang dulu-dulu buat. Tapi adik nampak sekarang pun ada banyak beca di sini.

Adik cuma dapat 4 setem berbeza, mak kata ada banyak setem lain dalam koleksi ini. Mungkin boleh dibeli di kedai Uncle Khoo nanti.

Dalam setem ni tunjuk 4 pekerjaan. Jual sate, jual nasi kandar, buat tanglung dan tilik nasib. 2 yang akhir tu adik tak pernah tengok tapi mak kata dulu-dulu ada. Yang jual sate, adik pernah tengok gambar tu di kedai sate Haji Samuri Kajang . Nasi kandar tu tak pernah tengok tapi pernah makan di Nasi kandar Line Clear, Pulau Pinang.

Adik harap dapat kumpul setem pekerjaan lain dari negara lain, boleh tengok ap pekerjaan tradisonal mereka.  (susah eja tradisional).

Kalau ada yang nak setem ni, adik ada gambar yang tilik nasib tu saja lagi. Lain dah habis. 

Friday, 20 July 2012

Koleksi Setem: Kartun


Adik dapat beli setem ni semasa pergi kedai Uncke Khoo. Sebelum tu adik dah dapat 1 keping setem abah bawa balik dari ofis. Adik minta lagi tapi abah kata tak ada dah. Bila jumpa setem ni, adik suka sangat. tapi mak kata harganya mahal. Itu pun cuma tinggal 6 keping ni saja kat situ. Mak beli juga.


Kenapa adik nak setem ni sebab Upin Ipin. Juga sebab setem ni sangat cantik. Setem ni atas dia ada kilat-kilat. Mak kata blink-blink pada semua baju watak dalam setem tu. Blink-blink boleh dirasa dengan jari.

Setem ni semua tunjuk 6 jenis permainan tradisi. Mak kata permainan zaman dulu-dulu sebab dulu tak ada games kat Tv atau telefon. Adik cuma pernah main 2 saja. Congkak dan batu seremban.

Satu lagi setem ni pelik sikit. Adik tak pernah jumpa lagi setem yang pakai pelekat di belakang dia macam plaster luka. Jadi kalau pakai setem Upin Ipin tak payah pakai air sebab tak ada gam cuma ada pelekat macam selotep. Buka dan tampal saja. Senang kan. Kalau semua setetm buat macam ni best juga. Mak kata dia tak tahu kalau ada lagi setem kartun. Jadi upin Ipin akan jadi koleksi pertama setem kartun adik. Harap ada setem Spongebob, Boboiboy,Doraemon.

Thursday, 19 July 2012

Setem daripada Auntie Ila

Semalam (19/7/12) adik dapat satu sampul surat besar daripada Auntie Ila. Mak kata Auntie Ila kawan mak yang kerja dengan kapal terbang. Dalam sampul surat besar tu ada satu sampul surat lagi, dalam sampul surat tu ada banyak setem macam dalam gambar kat atas tu. Ada macam-macam setem yang best tu hampir semua setem dari luar negara. Jadi adik sudah ada setem dari negara Jepun,India, Qatar, China,Hong Kong,Britain, USA dll. Nanti adik tunjuk satu-satu. Tapi kan, adik juga dapat banyak setem burung yang cantik-cantik macam di bawah. Jadi koleksi burung adik pun dah bertambah.
Baru adik tahu di Singapura ada banyak burung-burung cantik macam ni. Dekat situ juga ada dua setem itik, adik boleh tambah pada koleksi setem itik adik. Dan juga Auntie Ila beri adik banyak setem ikan, jadi lepas ni adik boleh mula kumpul setem ikan pula. Nanti adik tunjuk setem ikan. Adik ucapkan terima kasih kepada Auntie Ila sebab beri adik setem ini. Belog Aunti Ila kat sini.

Abang adik sudah jeles sebab adik dan mak kumpul setem sama-sama. Abang adik mula kumpul duit syiling dengan abah. Tapi yang tak best tu, mak buatkan abang postcerossing. Modal cuma RM 1.50. Adik nak juga nanti.

Wednesday, 18 July 2012

Koleksi Setem: Bunga


Kesukaan adik yang setem 70 sen.

Ini pula koleksi bunga adik. Ni saja yang adik ada setakat ini. Ada yang abah bawa balik dari tempat kerja, ada yang adik beli dari pejabat pos besar.

Ini pula setem yang adik ada extra. Kalau ada sesapa nak tukar dengan adik, boleh bagitahu. 
Kalau boleh adik nak tukar dengan setem bunga juga.

Tuesday, 17 July 2012

Setem luar negara pertama adik.


Setem ini adik dapat daripada Kak Isha Idiaz. Mak kata kakak Isha Idiaz sedang belajar jadi doktor di Indonesia. Mak minta kakak Isha belikan setem dari sana dan pos ke rumah. Kak Isha beri setem ni free je. Terima kasih pada kakak Isha. Ini belog kak Isha 


Setem ni ada 3 keping saja, Yang besar kat atas tadi yang dua ni kecil sikit tapi gambar bunga. Adik suka.