Kalau ada sesiapa yang ada setem tapi tak nak lagi, tolong kirim pada adik. Sebab adik tak banyak setem. E-mel adik : adiklily09@gmail.com
Tuesday, 4 December 2012
Setem Khas : MAHA 2012
Pada 29 hb November 2012, adik pergi MAHA dengan family adik. Ini kali pertama adik dan keluarga pergi sana. Ada ramai sangat orang, ada banyak buah, bunga dan macam-macam pokok. Tapi kemudian mak adik nampak bunting setem MAHA. Kami terus cari Dewan C. Mula-mula tak jumpa gerai setem tapi lepas pusing satu dewan baru nampak.
Harga setem ni mahal sikit kata mak tapi mak beli juga sebab setem edisi terhad. Orang yang jual tu kata cuma ada 200 helai saja yang dicetak.
Setem ni cuma ada 8 keping setem saja dan nilainya juga pelik sikit. 65 sen dan 35 sen. Gambar-gambar dia semua ada kena mengena dengan pameran di MAHA sejak mula-mula MAHA dibuat.
Selain beli pen, keychain MAHA, adik rasa ini tanda kenangan yang paling best dekat sana.
Monday, 6 August 2012
Koleksi Setem: Punca Rezeki
Ini koleksi setem punca rezeki. Mak kata makna dia ialah pekerjaan. Dalam setem ni tunjuk pekerjaan tradisional. Mak kata tradisional tu makna lama. jadi setem ini tunjuk kerja-kerja yang orang dulu-dulu buat. Tapi adik nampak sekarang pun ada banyak beca di sini.
Adik cuma dapat 4 setem berbeza, mak kata ada banyak setem lain dalam koleksi ini. Mungkin boleh dibeli di kedai Uncle Khoo nanti.
Dalam setem ni tunjuk 4 pekerjaan. Jual sate, jual nasi kandar, buat tanglung dan tilik nasib. 2 yang akhir tu adik tak pernah tengok tapi mak kata dulu-dulu ada. Yang jual sate, adik pernah tengok gambar tu di kedai sate Haji Samuri Kajang . Nasi kandar tu tak pernah tengok tapi pernah makan di Nasi kandar Line Clear, Pulau Pinang.
Adik harap dapat kumpul setem pekerjaan lain dari negara lain, boleh tengok ap pekerjaan tradisonal mereka. (susah eja tradisional).
Kalau ada yang nak setem ni, adik ada gambar yang tilik nasib tu saja lagi. Lain dah habis.
Friday, 20 July 2012
Koleksi Setem: Kartun
Adik dapat beli setem ni semasa pergi kedai Uncke Khoo. Sebelum tu adik dah dapat 1 keping setem abah bawa balik dari ofis. Adik minta lagi tapi abah kata tak ada dah. Bila jumpa setem ni, adik suka sangat. tapi mak kata harganya mahal. Itu pun cuma tinggal 6 keping ni saja kat situ. Mak beli juga.
Kenapa adik nak setem ni sebab Upin Ipin. Juga sebab setem ni sangat cantik. Setem ni atas dia ada kilat-kilat. Mak kata blink-blink pada semua baju watak dalam setem tu. Blink-blink boleh dirasa dengan jari.
Setem ni semua tunjuk 6 jenis permainan tradisi. Mak kata permainan zaman dulu-dulu sebab dulu tak ada games kat Tv atau telefon. Adik cuma pernah main 2 saja. Congkak dan batu seremban.
Satu lagi setem ni pelik sikit. Adik tak pernah jumpa lagi setem yang pakai pelekat di belakang dia macam plaster luka. Jadi kalau pakai setem Upin Ipin tak payah pakai air sebab tak ada gam cuma ada pelekat macam selotep. Buka dan tampal saja. Senang kan. Kalau semua setetm buat macam ni best juga. Mak kata dia tak tahu kalau ada lagi setem kartun. Jadi upin Ipin akan jadi koleksi pertama setem kartun adik. Harap ada setem Spongebob, Boboiboy,Doraemon.
Thursday, 19 July 2012
Setem daripada Auntie Ila
Semalam (19/7/12) adik dapat satu sampul surat besar daripada Auntie Ila. Mak kata Auntie Ila kawan mak yang kerja dengan kapal terbang. Dalam sampul surat besar tu ada satu sampul surat lagi, dalam sampul surat tu ada banyak setem macam dalam gambar kat atas tu. Ada macam-macam setem yang best tu hampir semua setem dari luar negara. Jadi adik sudah ada setem dari negara Jepun,India, Qatar, China,Hong Kong,Britain, USA dll. Nanti adik tunjuk satu-satu. Tapi kan, adik juga dapat banyak setem burung yang cantik-cantik macam di bawah. Jadi koleksi burung adik pun dah bertambah.
Baru adik tahu di Singapura ada banyak burung-burung cantik macam ni. Dekat situ juga ada dua setem itik, adik boleh tambah pada koleksi setem itik adik. Dan juga Auntie Ila beri adik banyak setem ikan, jadi lepas ni adik boleh mula kumpul setem ikan pula. Nanti adik tunjuk setem ikan. Adik ucapkan terima kasih kepada Auntie Ila sebab beri adik setem ini. Belog Aunti Ila kat sini.
Abang adik sudah jeles sebab adik dan mak kumpul setem sama-sama. Abang adik mula kumpul duit syiling dengan abah. Tapi yang tak best tu, mak buatkan abang postcerossing. Modal cuma RM 1.50. Adik nak juga nanti.
Baru adik tahu di Singapura ada banyak burung-burung cantik macam ni. Dekat situ juga ada dua setem itik, adik boleh tambah pada koleksi setem itik adik. Dan juga Auntie Ila beri adik banyak setem ikan, jadi lepas ni adik boleh mula kumpul setem ikan pula. Nanti adik tunjuk setem ikan. Adik ucapkan terima kasih kepada Auntie Ila sebab beri adik setem ini. Belog Aunti Ila kat sini.
Abang adik sudah jeles sebab adik dan mak kumpul setem sama-sama. Abang adik mula kumpul duit syiling dengan abah. Tapi yang tak best tu, mak buatkan abang postcerossing. Modal cuma RM 1.50. Adik nak juga nanti.
Wednesday, 18 July 2012
Koleksi Setem: Bunga
Kesukaan adik yang setem 70 sen.
Ini pula koleksi bunga adik. Ni saja yang adik ada setakat ini. Ada yang abah bawa balik dari tempat kerja, ada yang adik beli dari pejabat pos besar.
Ini pula setem yang adik ada extra. Kalau ada sesapa nak tukar dengan adik, boleh bagitahu.
Kalau boleh adik nak tukar dengan setem bunga juga.
Tuesday, 17 July 2012
Setem luar negara pertama adik.
Setem ini adik dapat daripada Kak Isha Idiaz. Mak kata kakak Isha Idiaz sedang belajar jadi doktor di Indonesia. Mak minta kakak Isha belikan setem dari sana dan pos ke rumah. Kak Isha beri setem ni free je. Terima kasih pada kakak Isha. Ini belog kak Isha
Setem ni ada 3 keping saja, Yang besar kat atas tadi yang dua ni kecil sikit tapi gambar bunga. Adik suka.
Monday, 16 July 2012
Koleksi Setem: Matawang
Sampul surat hari pertama
Hari ini (16/7/2012) adik sangat gembira sebab mak belikan adik setem baru. Ini kali pertama adik dapat beli setem baru pada hari pertama. Mak kata mak beli di pejabat pos Ayer Keroh dan tak ada orang pun yang sibuk beli setem. Mak mungkin pembeli pertama pagi tadi.
Mak cuma belikan adik sampul surat hari pertama yang mak panggil FDC. Tapi FDC ini kosong tak ada setem macam FDC yang adik nampak di internet. Mak kata dia belum tahu di mana nak dapatkan yang ada cop filateli tu. Mungkin lain kali mak akan cuba cari di pejabat pos besar.
Mak cuma beli setem 4 warna semuanya 5 keping sahaja. Adik tahu mak tak beli semua. Set adik tak lengkap. Mak kata nanti mak belikan lagi yang lain.
Cantik kan? Macam duit betul.
Adik suka setem ni sebab bentuknya pelik dan ada gambar duit yang macam duit betul atas dia. Boleh sentuh duit tu. Sayang nak guna atau nak beri kawan.
Sunday, 15 July 2012
Lawatan pertama adik ke muzium setem.
Muzium Setem Melaka
- dekat A Farmosa, Bandar Hilir.
Pagi tadi (15/7/2012) mak bawa adik ke muzium setem. Kami pergi pagi sebab mak kata takut susah dapat parking. Tadi pun abah parking kereta depan muzium kapal. Tiket masuk dewasa RM 2. Kanak-kanak hanya RM 1. Muzium ni ada 2 tingkat.
Muzium ni kecil saja dan tak banyak setem. Adik harap dapat tengok setem burung banyak-banyak tapi tak ada.
Pakaian posmen lama
Adik teringat Sifu dan Tonga...
Bestnya kalau ada setem banyak macam ni
Ada banyak setem yang disimpan dalam dinding macam ni.Disusun ikut tahun. Ada setem macam-macam.
Adik bergambar dengan gambar setem Black Penny.
Setem pos yang pertama di dunia.
Mak kata ini muzium setem yang pertama adik lawat. Nanti mak nak bawa adik tengok setem di bangunan Daya Bumi,Kuala Lumpur dan di Muzium Negara pula.
Tapi selain tengok setem tadi, kami singgah di kedai setem Uncle Khoo. Dalam kedai setem itu ada banyak setem, sampul surat hari pertama dan juga duit. Adik dapat beli setem yang adik nak sangat, setem Upin Ipin. Nanti adik tunjuk setem tu kat sini.
Mak juga belikan adik sampul surat hari pertama gambar itik, setem itik, setem difinitif yang adik belum ada. Adik nak macam-macam lagi tapi mak kata bulan depan datang lagi. Adik rasa, pergi kedai setem Uncle Khoo yang paling seronok tadi sebab boleh tengok macam-macam sampul surat.
Kalau ada sesiapa nak sampul surat hari pertama, boleh beritahu adik, adik cuba tolong carikan kalau pergi ke kedai Uncle Khoo lagi. Uncle Khoo juga sangat baik. Tadi mak cakap di Hatten Square juga ada satu lagi kedai setem, nanti kami nak pergi tengok kalau ada masa minggu depan. Di Jonker Walk juga ada satu kedai tapi abah tak suka ke Jonker Walk.
Itu saja cerita lawatan adik ke muzium setem.
Saturday, 14 July 2012
Koleksi Setem Burung.
Burung tekukur, burung merbah beringin, burung punai tanah, burung murai batu dan burung pergam besar-adik ikut apa yang ditulis di atas setem. Nama pelik-pelik kat bawah dia tu mak kata nama saintifik.
Susah nak eja.
Adik dan mak cadang nak kumpul setem ikut topik bukannya negara. Jadi adik nak cari setem burung-burung yang lain dari seluruh dunia. Tentu dapat tengok gambar burung dari negara lain nanti. Mak kata dulu pun ada setem Malaysia gambar burung kenyalang. Mungkin adik dapat tengok nanti kalau jumpa.
Burung Tekukur, burung Punai Tanah dan burung Merbah Beringin
3 jenis setem ni adik ada lebih. Kalau ada sesapa nak tukar beritahu adik. Kalau boleh adik nak tukar dengan setem burung juga.
Friday, 13 July 2012
Lawatan adik yang pertama ke pejabat pos
Adik di luar pejabat pos besar di Bukit Baru
Patang semalam (13/7/2012) adik ikut mak pergi pejabat pos Bukit Baru. Ini kali pertama adik ke sini, mak pun. Adik pergi dengan mak dan abang adik. Pejabat pos ini sedang dibuat baru. Ting tong pun belum pasang. Semua orang beratur, dijaga sorang pak cik yang suara kuat. Selepas ke kaunter, kami disuruh terus ke kaunter 12 untuk beli setem.Kata mak cik tu tak payah beratur macam tu. Kami semua tak tahu.
Kami ke kaunter hantar barang. Ada orang hantar kotak ke German. Pakai setem pelik.Mak kata tu setem RM20. Kemudian giliran kami sampai. Mak macam panik sebab mak pun dah lama tak beli setem di pejabat pos.selalunya abah saja ke pejabat pos air keroh. Pak cik yang jaga kaunter tu pula macam garang.Mak cakap berterabur.
Mak cakap nak setem RM 10 satu keping. Pak cik tu tanya nak buat apa.Mak cakap nak simpan, pak cik tu cakap nak setem hasil ke sebab ada orang simpan setem hasil. Mak beli setem biasa. Kemudian mak beli setem RM 5, RM 1, dan setem sen-sen. Macam-macam harga dan bentuk. Kira punya kira..mak kena keluar duit RM 39. Mak cakap, jangan bagitahu abah. Nanti adik tunjuk apa setem yang adik dapat. Mak minta maaf sebab mak tak dapat belikan set yang lengkap. Banyak yang dah habis.
Lepas beli tu, mak ajak kami tengok banner kat tepi pejabat pos. Ini bannernya.
Mak kata pada 16/7/2012 setem istimewa akan dikeluarkan. Adik tak faham apa mak cakap.
Kemudian mak cakap, duit akan bertukar bentuk jadi setem ini dibuat untuk mengingati hari itu. Mak kata ada setem, miniatur dan sampul surat. Mak kata mak akan suruh abah pesan pada kawan abah yang kerja pejabat pos Ayer Keroh. tapi mak kata jangan harap sangat dapat setem ini. Mungkin tak sempat pun sampai ke Melaka.
Setem ini ada 4 warna, merah, biru, hijau dan ungu. Semua harga 60 sen setiap satu. Setiap warna mewakili nilai duit yang berbeza.
Besarnya setem! Boleh buat bantal.
Mak kata sekarang seperti tak bernilai tapi satu hari nanti setem ini akan merakamkan sejarah duit. Adik cuma suka sebab setem ni cantik dan bentuk dia tak empat segi. Harap-harap adik dapat setem ni nanti dan abah ingat nak pesan pada kawan dia. Adik nak sangat sampul surat hari pertama sebab adik belum ada satu pun.
Thursday, 12 July 2012
Adik dan album setem pertama adik
Ini adik. Umur adik baru 9 tahun. Adik bersekolah di Sekolah Rendah Tun Syed Shahabudin, Melaka. Adik baru mula kumpul setem. Itu pun mak adik ajar. Mak adik kata dulu dia juga kumpul setem semasa umur 9 tahun macam adik. Tapi semua album setem mak dah hilang. Jadi mak tak dapat beri adik setem-setem mak itu. Mak suruh adik mulakan album setem yang pertama. Mak belikan adik sebuah album stem warna coklat seperti dalam gambar di bawah.
Album Setem pertama adik. Walau abah adik kutuk kata tak cantik, mak kata album ini akan tetap berharga sebab ini album pertama adik. Adik sayang album ni, hari-hari adik bawa ke sekolah walau mak larang.
Ini saja koleksi setem adik sekarang. Sedih betul..
Petang ni mak kata nak bawa adik pergi Pejabat Pos beli setem. Adik harap dapat beli setem baru. Adik juga nak tukar setem adik yang sama dengan sesiapa yang nak tukar. Mak kata mesti ada orang di luar sana yang nak tolong adik dan nak tukar dengan adik. Adik tak percaya, abah adik pun tak percaya tapi mak selalu percaya dalam dunia ni masih ada orang yang baik hati dan akan faham masalah adik.
Adik harap cakap mak betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)