Ini adik. Umur adik baru 9 tahun. Adik bersekolah di Sekolah Rendah Tun Syed Shahabudin, Melaka. Adik baru mula kumpul setem. Itu pun mak adik ajar. Mak adik kata dulu dia juga kumpul setem semasa umur 9 tahun macam adik. Tapi semua album setem mak dah hilang. Jadi mak tak dapat beri adik setem-setem mak itu. Mak suruh adik mulakan album setem yang pertama. Mak belikan adik sebuah album stem warna coklat seperti dalam gambar di bawah.
Album Setem pertama adik. Walau abah adik kutuk kata tak cantik, mak kata album ini akan tetap berharga sebab ini album pertama adik. Adik sayang album ni, hari-hari adik bawa ke sekolah walau mak larang.
Ini saja koleksi setem adik sekarang. Sedih betul..
Petang ni mak kata nak bawa adik pergi Pejabat Pos beli setem. Adik harap dapat beli setem baru. Adik juga nak tukar setem adik yang sama dengan sesiapa yang nak tukar. Mak kata mesti ada orang di luar sana yang nak tolong adik dan nak tukar dengan adik. Adik tak percaya, abah adik pun tak percaya tapi mak selalu percaya dalam dunia ni masih ada orang yang baik hati dan akan faham masalah adik.
Adik harap cakap mak betul.
No comments:
Post a Comment