Thursday 12 July 2012

Adik dan album setem pertama adik


Ini adik. Umur adik baru 9 tahun. Adik bersekolah di Sekolah Rendah Tun Syed Shahabudin, Melaka. Adik baru mula kumpul setem. Itu pun mak adik ajar. Mak adik kata dulu dia juga kumpul setem semasa umur 9 tahun macam adik. Tapi semua album setem mak dah hilang. Jadi mak tak dapat beri adik setem-setem mak itu. Mak suruh adik mulakan album setem yang pertama. Mak belikan adik sebuah album stem warna coklat seperti dalam gambar di bawah.


Album Setem pertama adik. Walau abah adik kutuk kata tak cantik, mak kata album ini akan tetap berharga sebab ini album pertama adik. Adik sayang album ni, hari-hari adik bawa ke sekolah walau mak larang.

Mak beli album ni di kedai buku POPULAR. Warna coklat gelap. Dalam dia hitam. Besar dia lebih kecil dari buku sekolah. Kemudian mak beri adik setem pertama. Sejak itu adik kumpul setem. Tapi koleksi setem adik sikit sangat macam di bawah saja. Kawan-kawan adik ada banyak setem sebab mereka dah mula kumpul daripada adik. Adik minta mereka tak kasi. Adik ajak tukar pun tak mahu.
Ini saja koleksi setem adik sekarang. Sedih betul..

Mak kata adik kena sabar, kena rajin cari. Adik nak cari dekat mana? Tanya kawan pun, kawan buat bodoh je. Baru-baru ada orang jual setem di sekolah. Habis duit belanja adik, adik beli setem. Balik rumah, mak kata setem tu setem tipu. Adik tak faham kenapa orang jual setem tipu. Nanti adik tunjuk setem tipu tu.

Petang ni mak kata nak bawa adik pergi Pejabat Pos beli setem. Adik harap dapat beli setem baru. Adik juga nak tukar setem adik yang sama dengan sesiapa yang nak tukar. Mak kata mesti ada orang di luar sana yang nak tolong adik dan nak tukar dengan adik. Adik tak percaya, abah adik pun tak percaya tapi mak selalu percaya dalam dunia ni masih ada orang yang baik hati dan akan faham masalah adik.

Adik harap cakap mak betul.

No comments: