Friday 13 July 2012

Lawatan adik yang pertama ke pejabat pos



Adik di luar pejabat pos besar di Bukit Baru

Patang semalam (13/7/2012) adik ikut mak pergi pejabat pos Bukit Baru. Ini kali pertama adik ke sini, mak pun. Adik pergi dengan mak dan abang adik. Pejabat pos ini sedang dibuat baru. Ting tong pun belum pasang. Semua orang beratur, dijaga sorang pak cik yang suara kuat. Selepas ke kaunter, kami disuruh terus ke kaunter 12 untuk beli setem.Kata mak cik tu tak payah beratur macam tu. Kami semua tak tahu.

Kami ke kaunter hantar barang. Ada orang hantar kotak ke German. Pakai setem pelik.Mak kata tu setem RM20. Kemudian giliran kami sampai. Mak macam panik sebab mak pun dah lama tak beli setem di pejabat pos.selalunya abah saja ke pejabat pos air keroh. Pak cik yang jaga kaunter tu pula macam garang.Mak cakap berterabur.

Mak cakap nak setem RM 10 satu keping. Pak cik tu tanya nak buat apa.Mak cakap nak simpan, pak cik tu cakap nak setem hasil ke sebab ada orang simpan setem hasil. Mak beli setem biasa. Kemudian mak beli setem RM 5, RM 1, dan setem sen-sen. Macam-macam harga dan bentuk. Kira punya kira..mak kena keluar duit RM 39. Mak cakap, jangan bagitahu abah. Nanti adik tunjuk apa setem yang adik dapat. Mak minta maaf sebab mak tak dapat belikan set yang lengkap. Banyak yang dah habis.



  Lepas beli tu, mak ajak kami tengok banner kat tepi pejabat pos. Ini bannernya.
Mak kata pada 16/7/2012 setem istimewa akan dikeluarkan. Adik tak faham apa mak cakap. 

Kemudian mak cakap, duit akan bertukar bentuk jadi setem ini dibuat untuk mengingati hari itu. Mak kata ada setem, miniatur dan sampul surat. Mak kata mak akan suruh abah pesan pada kawan abah yang kerja pejabat pos Ayer Keroh. tapi mak kata jangan harap sangat dapat setem ini. Mungkin tak sempat pun sampai ke Melaka.

Setem ini ada 4 warna, merah, biru, hijau dan ungu. Semua harga  60 sen setiap satu. Setiap warna mewakili nilai duit yang berbeza.

Besarnya setem! Boleh buat bantal.

Mak kata sekarang seperti tak bernilai tapi satu hari nanti setem ini akan merakamkan sejarah duit. Adik cuma suka sebab setem ni cantik dan bentuk dia tak empat segi. Harap-harap adik dapat setem ni nanti dan abah ingat nak pesan pada kawan dia. Adik nak sangat sampul surat hari pertama sebab adik belum ada satu pun.

No comments: