Monday 16 July 2012

Koleksi Setem: Matawang

Sampul surat hari pertama 

Hari ini  (16/7/2012) adik sangat gembira sebab mak belikan adik setem baru. Ini kali pertama adik dapat beli setem baru pada hari pertama. Mak kata mak beli di pejabat pos Ayer Keroh dan tak ada orang pun yang sibuk beli setem. Mak mungkin pembeli pertama pagi tadi.

Mak cuma belikan adik sampul surat hari pertama yang mak panggil FDC. Tapi FDC ini kosong tak ada setem macam FDC yang adik nampak di internet. Mak kata dia belum tahu di mana nak dapatkan yang ada cop filateli tu. Mungkin lain kali mak akan cuba cari di pejabat pos besar.

Mak cuma beli setem 4 warna semuanya 5 keping sahaja. Adik tahu mak tak beli semua. Set adik tak lengkap. Mak kata nanti mak belikan lagi yang lain.

Cantik kan? Macam duit betul.

Adik suka setem ni sebab bentuknya pelik dan ada gambar duit yang macam duit betul atas dia. Boleh sentuh duit tu. Sayang nak guna atau nak beri kawan.

No comments: